Tuesday 23 November 2010

Petua Untuk Tidak Jatuh Cinta :)

Salam ukhuwah dari ateh. :)

Ehem. buat ahli beit semua, take note ye. hehe. Hmm. sebut je topik evergreen ni,  mesti akan jadi topik paling hangat dan paling banyak pembacanya. *tak terkecuali diri ini. :( Walaupun masih banyak perkara-perkara fitrah lain seperti takut, redha, roja’ (pengharapan) tetapi nampak gayanya fitrah cinta ini lebih menonjol.

Bayangkan jika tanpa cinta Allah kepada hamba-hambaNya, mungkin sudah digantikan kita dengan umat yang baru kerana betapa kadang-kadang ingkarnya kita kepada suruhanNya dan banyaknya kerosakan pada bumi yang kita lakukan. Kalau tak kerana cinta Rasulullah SAW kepada umatnya , maka tak dapatlah kita hidup dalam suasana Islam seperti hari ini.

Apatah lagi jika tiadanya cinta daripada ibu bapa kita, maka tidaklah kita membesar sesihat dan secantik seperti hari ini. hehe. 

Tidak lupa juga akan rasa cinta yang Allah berikan kepada sepasang lelaki dan perempuan yang mungkin tertarik sesama sendiri. Allah ciptakan sesuatu pasti punya sebab, punya hikmah. :)

Tapi fitrah suci ini seringkali disalah ertikan.

Oleh itu, marilah kita sama sama muhasabah diri, renovate hati ye. 


1) Jangan jadikan jatuh cinta sebagai pilihan

Jatuh cinta tidaklah salah tetapi apabila kita tak bersedia untuk menempuh alam rumah tangga dan masih tidak berkemampuan, mengapa perlu hati disesakkan dengan satu lagi cinta? Lebih-lebih lagi ditujukan bagi adik-adik yang masih belajar di peringkat sekolah dan kita, yang baru melangkah ke IPT. Rumah tangga tidak akan bahagia jika hanya ada cinta sahaja. Tuntutlah ilmu-ilmu berkaitan terlebih dahulu dan dalami ilmu agama. Belajar memikul tanggungjawab dengan melakukan tugasan-tugasan rumah. Belajarlah mencintai dan menghargai teman-teman sejantina dahulu. *saye sayang housemate saye :)


2) Menjaga pandangan mata

Hal ini dah disebutkan Allah didalam Al-Quran didalam surah an-nur

Dan katakanlah kepada lelaki yang beriman agar mereka menjaga pandangannya…
Dan katakanlah kepada perempuan yang beriman agar mereka menjaga pandangannya…
An-Nur :30 dan 31

Pandangan mata seharusnya bukan je dijaga di alam realiti walhal di alam maya sekalipun. Seorang mukmin tidak sewenang-wenangnya melihat-melihat gambar yang berlainan jantina sesuka hatinya sehingga mampu merosakkan hati. *terasa terasa.* :(

Menjaga pandangan mata ni penting sebagai usaha kita untuk menjaga hati dan diri daripada terjebak kepada perkara-perkara yang tidak diredhai Allah seperti zina hati. Na'uzubillah. 




3) Takutkan Allah

Seorang hamba yang sentiasa sedar bahawa dirinya sentiasa dilihat dan dipantau oleh Allah akan merasa gerun untuk melakukan sesuatu yang Allah tidak redha. Ni lah yang dikatakan sebagai ihsan.

Rasulullah SAW apabila ditanya apakah ihsan,baginda menjawab,

Kamu beribadah seakan-akan kamu melihat Allah. Jika kamu tidak melihat Allah, ketahuilah bahawa Allah melihat kamu.


Belajarlah untuk mencintai Allah terlebih dahulu,maka insyaAllah suatu hari nanti akan Allah kurniakan seseorang yang mencintaiNya untuk mencintai kita hanya keranaNya.





"Ya Allah, jauhilah aku dari cinta panahan syaitan, berikanlah cintaku ini kepada seseorang yang sangat mencintaiMu.. Lapangkanlah hati ku ini dengan cintaMu yg sejati.. Sekiranya dia bukan Kau ciptakan buatku, maka Kau jauhkan lah dia dari pandanganku dan berikanlah aku kekuatan untuk terus bercinta denganMu..Aminn." :') 

p/s: A**** & A**** jangan sedih sedih ye. hehe. senyum selaluu :D


- jaja @ ateh comel <3

No comments:

Post a Comment