~*~
Jarum jam lebih kurang 8.30 malam.
Antara dialog kami,
"Fuhhh..agak 'busy' kan kita hari ni"
"Errr..agak la..tp alhamdulillah selesai dah semua"
Senyuman keletihan terukir. *haha,letih kerr?? >.<
~*~
Rewind balik~
Bangun agak awal pagi seperti yang telah dijanjikan semalam, setelah pening memikirkan baju yang menjadi pilihan hati untuk dipakai, kami bergegas pulak ke dewan baru PCM untuk solat raya di syari' sittah(6th)oktober *kalau xsilap.hehe.lupa la*. Dewan tu macam kawasan bawah tanah. Syelek kat dinding kayu pun masih bau lagi. Tapi best, ramai kakak2 senior ada sekali(kat sini akhwat je,ikhwah solat tempat lain).
Imam solat abang senior.melayu. So, gaya takbir pagi tadi melayangkan fikiran ke msia sekejap.T_T..sayu je..khutbah raya memang best. mengingatkan tentang erti pengorbanan yang sebenar. menusuk jiwa. terpanah hingga ke kalbu. santapan rohani pagi yang amat berbaloi. *pagi perut x bersantap pun sblom pergi..lapaaarrr :(*
On d way nak pegi dewan baru PCM
Orang arab yang solat sunat raya di luar masjid
Time on d way tu, tibe2 eksaited tengok orang arab solat sunat aidiladha kat luar masjid *perkara yang kami pun x tau sebabnya.x muat/saje kot*. Hmm, kagum dengan mereka2 sebab jarang kita nampak suasana macam ni kat msia. mungkin ada yang tak pernah tengok pun kot :)
Sempat lagi bergambar sebelum solat sunat aidiladha.hihi
Kat luar dewan selepas solat :)
Lepas solat sunat raya, ibadah korban pulak. Ada unta, lembu, kambing, biri2...pilih je yg mana nak..:D
Ni lah kawasan tanah lapang depan blok kami
Kawasan tanah lapang yang dijadikan tempat sembelihan
Unta yang telah selamat 'dikorbankan'
Orang arab pun eksaited sekali tengok proses sembelihan dari balkoni
Ta'awun :)
Rumah kami yang terpilih untuk dijadikan tempat potong2 daging seperti yang telah 'dinobatkan' memang meriah sangat. Best.best.best!!!:D dari pagi sampailah matahari terbenam sampailah ke waktu isyak peristiwa yang bersejarah kat rumah kami ni berlangsung..sahabat2 dari YT(Yayasan Terengganu) pun ada skali membantu meringankan beban..trima kasih ye! :)
suka sebab tetamu datang. InsyaAllah bawa rezeki :)
seronok sebab kakak2 senior datang*jarang dapat jumpa diaorang & ada yang tak pernah kenal lagi*
gembira sebab dapat eratkan lagi ukhuwah*berkenalan dengan mana2 yang tak kenal lagi*
happy sebab dapat 1plastik daging korban UNTA bila dah selesai semua!! hilang rasa penat.hehe :D
Semua kelihatan sibuk & tekun mengerah keringat :)
Saat ketika kerja2 hampir selesai, kami dijemput akak senior untuk meng'silent'kan perut kami yang telah lama menyanyi merdu~
buat 1st time kalinya dengan menu istimewa:
nasi putih+sup UNTA+sambal
keunikan:
makan dalam talam (dulang) *biasa bagi sekolah berasrama&warganegara johor*
enak amat! terima kasih abg fatah, ajk masakan & lain2 yang membantu menyedapkan sup UNTA ni..terima kasih jugak buat rumah H5 kerana menumpangkan kami makan di rumah anda..syukran awi!! :)
Sup UNTA :D
dari kanan; ateh, achik, adek & along yang khusyuk menikmati sup UNTA
*on air wif alangfateh*
(p/s: 1.tahniah kpd adek krn banyak membantu memotong daging!! :D 2.esok isi perut di openhouse GMNSC pulak =.=)
No comments:
Post a Comment